Pembaca Setia

Monday, May 30, 2011

bukak surat khabar UTUSAN sekarang! :)


80 pelajar IPB raih Anugerah Dekan UiTM

KUALA LUMPUR 30 Mei - Institut Profesional Baitulmal (IPB) sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila 80 pelajar dalam program usahasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh Anugerah Dekan.

Anugerah Dekan UiTM diberikan kepada pelajar yang mendapat purata nilai gred semester 3.5 mata dan ke atas.

Ketua Eksekutif IPB, Rosli Zakaria berkata, kejayaan itu akan meneruskan kesinambungan prestasi terbaik IPB dalam melahirkan graduan berkualiti serta menepati piawaian yang ditetapkan oleh UiTM.

"Kejayaan ini juga boleh dilihat sebagai satu faktor yang boleh diambil kira oleh ibu bapa atau bakal pelajar dalam memilih institusi pengajian tinggi pilihan mereka," katanya di sini.

Beliau berkata, kejayaan itu juga amat bermakna kepada IPB kerana institut itu telah diberikan kelulusan pensijilan ISO 9001:2008 bagi program usahasama dengan UiTM.

"IPB menyasarkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada pelajarnya mendapat Anugerah Dekan setiap semester tetapi kejayaan 80 pelajar itu atau 11 peratus melebihi sasaran yang ditetapkan," jelasnya.

Sebelum ini, IPB turut dianugerahkan sebagai Kolej Bersekutu Terbaik UiTM sebanyak lapan kali dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 dan berjaya mengekalkan kelulusan melebihi 95 peratus pada setiap siri peperiksaan bagi program Diploma Perakaunan.

Selain mendapat peratusan tertinggi Anugerah Dekan pada setiap semester, pelajar IPB juga hampir setiap tahun berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor bagi kursus Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perakaunan UiTM.

Rosli berkata, baru-baru ini, pihaknya menerima 341 pelajar baru bagi program usahasama dengan UiTM dengan majoriti memilih kursus Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perakaunan.

"Pelajar yang mendaftar di IPB memang mereka yang terlepas saringan IPTA tetapi bagi kita, ia bukan alasan untuk tidak menjadikan pelajar ini lebih cemerlang daripada pelajar universiti awam," tegasnya.

Justeru, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mencari pilihan terbaik bagi melanjutkan pengajian, datanglah ke IPB sehingga 3 Jun ini untuk mendaftar.

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian 03-92814054.


Saya sgt bangga. bangga kerana belajar kat IPB, bangga ada lec2 yg sgt2 bgs.
sdh nye nk tinggalkan IPB.
tkt sgt xdpt lec2 sebagus lec2 kat IPB.huhu
Insya-Allah semuanya ok.
:)

No comments:

Post a Comment

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...